1. Agama melahirkan tamadun
Berbanding dengan tamadun lain, tamadun Islam adalah lahir dari sebuah agama. Oleh itu, semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.
2. Peradaban
Peradabaan tamadun Islam bermula dengan pembentukan individu Muslim yang menjalani kehidupan ini dengan
penuh penghayatan terhadap ajaran Islam. Menerusi pembentukan individu Muslim yang soleh ini akan dapat melahirkan sebuah institusi kekeluargaan yang juga soleh. Penerusan dalam pembinaan institusi kekelurgaan yang baik akan dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang juga baik dan seterusnya membawa kesejahteraan kepada sesebuah negara.
3. Perkembangan
Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya. Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama
Islam itu sendiri. Ianya dapat mengubah kehidupan manusia setempat kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat.
4. Konsep al-Ummah
Konsep ini adalah manifestasi dari kesejagatan agama Islam. Konsep al-Ummah meletakkan semua orang Islam adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya, bahasa mahupun warna kulit. Konsep al-Ummah ini merupakan satu kekuatan dalam menjana tamadun Islam yang gemilang.
5. Asas Pengetahuan
Tamadun Islam berkait rapat dengan kepentingan konsep ilmu dan proses pembudayaan ilmu. Ini jelas terbukti melalui penurunan wahyu pertama yang mendorong manusia kearah pencapaian dan penguasaan ilmu. Pembinaan institusi pendidikan dan aktiviti pembudayaan serta penyebaran ilmu menjadi agenda pengisian yang utama dalam setiap misi perluasan dan perkembangan pengaruh Islam.
No comments:
Post a Comment