Monday 19 March 2012

Pengertian Tamadun Islam

Tamadun Islam dapat didefinisikan sebagai pencapaian umat Islam dalam bidang kerohanian, dan
kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan teknologi, undang‐undang, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang bersumberkan al‐Quran dan al‐Sunnah.
Tamadun Islam berkembang seiring dengan penurunan wahyu yang berteraskan kepada ajaran Tauhid dan
berpaksikan kepada Aqidah, Syariah dan Akhlak.

• Ibn Khaldun menyatakan maksud istilah bagi tamadun dengan menggunakan perkataan ‘Umran bagi menggambarkan sifat serta perkembangan masyarakat.

• Ibn Khaldun juga menggunakan istilah Hadarah bagi menggambarkan istilah menetap yang berlawanan
maksudnya dengan istilah Badw.

• Manakala Farid Wajdi dan Muhammad ‘Abduh menggunakan istilah Madaniyyat bagi menggambarkan maksud ketamadunan.

Asas‐asas Pembinaan Tamadun Islam
1. Aqidah
2. Ibadah / Syariah
3. Akhlak
4. Ilmu
5. Konsep sejarah

Sifat‐sifat Tamadun Islam
1. Kesejagatan (universal)
2. Keterbukaan
3. Sepanjang masa
4. Toleransi
5. Kesatuan dalam kepelbagaian

Ciri‐ciri Tamadun Islam
1. Rabbani
2. Syumul
3. Umum
4. Ideal dan realistik

Sumber Tamadun Islam
1. al‐Quran
2. al‐Sunnah

Faktor Kejayaan dan Kemerosotan Tamadun Islam

Faktor Kejayaan Tamadun Islam
1. Faktor kehebatan Islam
2. Kemajuan Ilmu pengetahuan
3. Keutuhan sistem ekonomi Islam
4. Faktor politik

Faktor Kemerosotan Tamadun Islam
1. Fahaman Asabiyah
2. Krisis akhlak pemimpin
3. Peranan ulamak dipinggirkan
4. Serangan tentera salib

Ciri-ciri Keunikan dan Keistimewaan tamadun Islam

1. Agama melahirkan tamadun
Berbanding dengan tamadun lain, tamadun Islam adalah lahir dari sebuah agama. Oleh itu, semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.

2. Peradaban
Peradabaan tamadun Islam bermula dengan pembentukan individu Muslim yang menjalani kehidupan ini dengan
penuh penghayatan terhadap ajaran Islam. Menerusi pembentukan individu Muslim yang soleh ini akan dapat melahirkan sebuah institusi kekeluargaan yang juga soleh. Penerusan dalam pembinaan institusi kekelurgaan yang baik akan dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang juga baik dan seterusnya membawa kesejahteraan kepada sesebuah negara.

3. Perkembangan
Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya. Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama
Islam itu sendiri. Ianya dapat mengubah kehidupan manusia setempat kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat.

4. Konsep al-Ummah
Konsep ini adalah manifestasi dari kesejagatan agama Islam. Konsep al-Ummah meletakkan semua orang Islam adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya, bahasa mahupun warna kulit. Konsep al-Ummah ini merupakan satu kekuatan dalam menjana tamadun Islam yang gemilang.

5. Asas Pengetahuan
Tamadun Islam berkait rapat dengan kepentingan konsep ilmu dan proses pembudayaan ilmu. Ini jelas terbukti melalui penurunan wahyu pertama yang mendorong manusia kearah pencapaian dan penguasaan ilmu. Pembinaan institusi pendidikan dan aktiviti pembudayaan serta penyebaran ilmu menjadi agenda pengisian yang utama dalam setiap misi perluasan dan perkembangan pengaruh Islam.

FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN ISLAM


Faktor Kemerosotan Dan Keruntuhan Tamadun 




Peta dunia semasa kemuncak zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah

Istana Abbasiyyah
Duit syling semasa zaman perintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah
 
 Tidak boleh dinafikan , setiap tamadun di dunia menghadapi zaman kemerosotan pada masa yang beza . Secara unmumnya , faktor-faktor tamadun mengalami kemerosotan adalah berikut :

Kemerosotan Dan Keruntuhan Tamadun
- Wujudnya Budaya Biadap
-
Masyarakat leka dengan kemewahan
- Ketepikan ajaran agama
- Pemimpin amalkan rasuah
- Asobiyah longgar
- Masyarakat pentingkan diri sendiri
- Matlamat kebendaan
- Ketidakadilan social
- Jurang ketara antara kaya miskin & kaya
- Pengagihan kekayaan tertumpu kepada segelintir golongan yang rapat dengan pemerintah
- Berlaku dalam sistem pemerintahan dictator

- Berlaku penindasan dan kezaliman
- Berlaku kepada golongan lemah
- Undang-undang gagal dikuatkuasakan secara adil
- Pihak berkuasa gagal lindungi kepentingan rakyat biasa

- Cth: Shah Iran
· ( Dinasti Pahlavi )
- Bencana alam
- Serius berlaku
- Berlaku kerugian & kerosakan yang besar
- Terlalu lama
- Hayat sesebuah tamadun yang terlalu lama
Kerana banyak proses yang mendorong kepada kemunduran & kejatuhan sesebuah tamadun








1.Kegemilangan kerajaan abbasiyah
- Sistem pentadbiran :
              i.Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah .
              ii.Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa .
              iii.Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran negara.
- Ekonomi :
              i.Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan perdagangan.
              ii.Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat.
             iii.Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll.
- Pertahanan
              i.Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan.
              ii.Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam.








2. Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah
- Kestabilan politik : Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan
  dan perbalahan puak.


- Dasar politik kerajaan abbasiyah : Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa  mengira bangsa dan keturunan . Kerajaan juga menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.

- Kedudukan baghdad yang strategik : Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat . Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

- Perpaduan antara kaum : Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan arab . Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara . Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

- Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat : Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam . Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat . 







3. Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

- Kelemahan pemerintah
- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.
- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara.
- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk     mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi.
- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat   menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah.

- Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah
- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas.
- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi.
- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir.
-  Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah.

- Perebutan kuasa
- Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah.

- Kegawatan ekonomi
- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan  abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah.
- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.

- Perselisihan aliran fahaman keagamaan
- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah.
-  Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
- Keadaan ini mengganggu keamanan negara.

- Serangan dari luar
- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol ).
- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini.
-  Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah.
- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.

 

Sunday 18 March 2012

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


Khulafa al-Rasyidun


632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailimah.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah


661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah


752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


Empayar Turki Uthmaniyyah


1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM SEMUA ASPEK

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM 



Dalam sejarah tamadun Islam , kita mesti mengatakan beberapa tokoh yang menyumbangkan dan mengembangkan tamadun Islam secara pesat dan berleluasan . Dengan usaha tokoh , tamadun Islam memainkan peranan penting dan memajukan global sehingga hari kini . Tanpa bantuan tokoh-tokoh , sekarang dunia masih kecil lagi .


1) BIDANG MATEMATIK

TOKOH : AL-KHAWARIZMI

Ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam . Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut , antaranya  Adelard dan Morley dari Britain . Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik . Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya . Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa . Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus . Karya-karya beliau antaranya Liberab'ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah . Begitu juga George Purbach , pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali . Beliau mahir dalam matematik rajah tiga segi .

Patung Al-Khawarizmi di Khiva , Qoraqalpoghiston , UZ

Potret Al-Khawarizmi

PROFIL AL-KHAWARIZMI :

Nama sebanar beliau ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi . Beliau dilahirkan di Bukhara dan pada tahun 780-850 adalah zaman kegemilangan beliau . Beliau meninggal dunia pada tahun 266H/850M di Baghdad . Berikut adalah karya hasil Al-Khawarizmi yang terkenal :




1. Al-Jabr wa'l Muqabalah : Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomo . Bidang geometri adalah cabang kedua dalam matematik . Isi kandungnan yang diperbincangkan dalam caband kedua ini ialah asal-usul gemetri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat hasil karya Euklid geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu 'geo'bererti bumi dan 'metri' bererti sukatan . Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang . Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM] . Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mersir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke-6SM . Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.











Aplikasi yang dicipta oleh Al-Khawarizmi

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi .





3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang . Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum .

Sistem nomber yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi

4. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri .



5. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra . Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhad of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12 sebelum munculnya karya yang berjudul 'Hisab al-Jibra wa al-Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M . Sebelum ini tak ada istilah aljabar .


6. Al-Amal bi ' Usturlab'


7. Al-Tarikh






2) BIDANG ASTRONOMI


TOKOH : ABU MA'SYAR , AL-KHAWARIZMI , AL-ZARQIYALI , MUHAMMAD BIN MUSA , ABU SOLET


Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville
. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X . Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali ( Azarchel ). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari . Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab . Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam jugaa telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut . Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan taleh berkembang dengan lebih pesat . Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab ( jam matahari ) . Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia . Pada abad ke-12M , Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam .




3) BIDANG SENI MUZIK


TOKOH : AL-KINDI

Gambar Al-Kindi
 
Dalam bidang seni muzik pula , pada abad ke-12 , didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin . Terjemahan ini dilakukan di Toledo . Ahli muzik Eropah , Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik . Setelah itu , muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengaji tentang nada suara yand diambil daripada kaedah nada muzik Arab .


4) BIDANG BAHASA


TOKOH : AL-MAS'UDI , IBN JUBAYR , IBN BATTUTAH

Gambar Al-Jubayr

Gambar Al-Mas'udi

Gambar Ibn-Battutah
 
Dalam bidang bahasa , sastera dan seni ukir , banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah . Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar) , kimia (alchemy) , arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah . Tidak kurang , pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam . Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas'udi , Ibn Jubayr dan Ibn Battutah .



6) BIDANG KETENTERAAN


TOKOH : NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dalam bidang ketenteraan pula , taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad ( saw ) banyak mempengaruhi taktik dan strategik peperangan pada zaman moden . 

PERKEMBANGAN ZAMAN TAMADUN ISLAM


ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Zaman ini merupakan zaman penanaman benih tamadun Islam di mana buah dan hasilnya dapat dinikmati oleh umat Islam terkemudian. Rasulullah s.a.w telah diutuskan oleh Allah untuk membawa manusia ke jalan yang benar, yang dapat menjamin kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat. Tamadun yang dibina adalah berasaskan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepadanya selama 23 tahun yang dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Makki (Mekah) selama 13 tahun dan Zaman Madani (Madinah) selama 10 tahun. Sesungguhnya kedua-dua zaman inilah yang merupakan detik awalan dan penentuan kepada kegemilangan dan kecemerlangan tamadun Islam.

ZAMAN MAKKI

Menurut Syed Qutb, persoalan utama yang dibawa oleh Rasulullah di Mekah ialah persoalan akidah. Persoalan ini memang tidak mudah diterapkan kedalam hati orang-orang Arab,namun ia tetap dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w walaupun baginda sedar akan dugaan dan cubaan yang bakal dihadapi kelak.

Menurut beliau lagi,persoalan akidah merupakan agenda al-Quran yang sebenar, meskipun pada masa orang-orang Arab menghadapi Empayar Rom dan Parsi tetapi Rasulullah tidak menyeru mereka kearah perjuangan nasionalisma Arab, kerana perjuangan nasionalisme hanya menukar dari perhambaan kepada Rom dan Parsi menjadi pengabdian kepada bangsa Arab.

Walaupun bangsa Arab ketika itu menghadapi kebejatan sosial yang gawat, namun Rasulullah tidak menjadikan perjuangan untuk meningkatkan moral sebagai tujuan utamanya, sebab moral yang baik tidak dapat ditegakkan melainkan diatas akidah yang murni lagi kukuh.

Berkait rapat dengan persoalan akidah ini ialah ajaran Islam tentang adanya Hari Akhirat (Qiamat). Bagi sebahagian masyarakat ketika itu, yang ada hanya kehidupan dunia sahaja, dengan matinya manusia bermakna tamatlah segala-galanya.Penolakan ini adalah disebabkan oleh ketakutan mereka tentang adanya Hari Akhirat yang kelak akan menghitung segala perlakuan mereka di dunia.

Dari segi sosial pula, masyarakat Arab mengamalkan sistem  kasta di samping merendahkan darjat kaum wanita. Kelas tertinggi adalah terdiri dari golongan aristokrat Quraisy sahaja, dengan keistimewaan dan kuasa yang tidak terbatas. Sedangkan kaum hamba abdi bukan sahaja dinafikan haknya bahkan mereka boleh dijual beli sesuka hati. Namun, berkat ajaran Islam, semua golongan proletar itu dibanteras oleh Nabi Muhamad saw dengan dibantu oleh sahabat-sahabat baginda yang terdiri dari hartawan-hartawan Islam. Mereka menyatakan bahawa tindakan membebaskan hamba abdi adalah sebaik-baik kebajikan. 

Selain dari itu, ajaran-ajaran di Mekah juga menekankan kisah-kisah perjuangan nabi-nabi terdahulu untuk menjadi teladan bagi umat-umat selepasnya. Dalam hal ini Allah menjelaskan dalam al-Quran :
“ Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. ”                                                        (Surah Yusuf : 111)



“ Maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir.”
                                                                                        (Surah Al-A’raf : 176)

Ini menunjukkan betapa pentingnya mengkaji dan memahami sejarah dalam Islam dan terbukti jelas bahawa sepertiga daripada kandungan al-Quran adalah membicarakan tentang sejarah.

Walaupun persoalan moral bukanlah matlamat utama perjuangan Rasulullah di Mekah, tetapi perkara itu tidak diabaikan sama sekali. Ini sesuai dengan sabda Baginda Rasulullah yang bermaksud :

 “ Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. 

 Maka kegiatan dakwah Nabi s.a.w banyak menekankan usaha-usaha pembentukan peribadi Muslim, meninggalkan segala sifat mazmumah yang tercela dan digantikan dengan akhlak mahmudah. Usaha-usaha pembentukan peribadi ini penting sebagai persediaan bagi menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang.

ZAMAN MADANI

Zaman ini sinonim dengan peristiwa Hijrah. Pengertian Hijrah dari segi bahasa ialah: Pindah dari satu tempat ketempat yang lain. Dari segi istilahnya yang digunapakai oleh Prof. Syed Naquib al-Atas : Meninggalkan adat resam atau kebiasaan yang karut dan mungkar.

Peristiwa Hijrah ini amat penting dalam tamadun Islam, sehingga Saidina Umar al-Khattab meletakkannya sebagai tarikh permulaan takwim (kalender) Islam. Ini berbeza dengan amalan agama lain yang biasanya memulakan tarikhnya berdasarkan tarikh kelahiran penganjur berkenaan, yakni semacam pendewaan kepada peribadi berkenaan. Tetapi Umar Al-Khattab tidak berbuat demikian kerana ia bukan merupakan tarikh peribadi, tetapi tarikh perjuangan kearah kebenaran (haq) untuk menjadi petunjuk seluruh umat manusia.                                                                            

Dari segi perjuangan Islam, peristiwa Hijrah memang memberi kesan yang amat mendalam kepada umat Islam kerana walaupun Rasulullah merupakan seorang Rasul yang Agung, tetapi peristiwa Hijrah memaparkan kepada kita bahawa Rasulullah juga menghadapi kesukaran, dugaan dan cabaran yang tidak kurang hebatnya, walaupun hakikatnya baginda layak memohon pada Allah agar dimudahkan segalanya. Ini memberi petunjuk bahawa dalam menghadapi dakwah menegakkan agama Allah dimuka bumi, bukanlah suatu perkara yang  mudah. Dalam  liku-liku  perjalanan  Rasulullah  dalam

usaha dakwahnya, Rasulullah menghadapi berbagai kesulitan, namun demi untuk menentang segala kebatilan dan kekufuran, segalanya dihadapi.

Sebenarnya  kepentingan Hijrah itu menjadi semakin penting setelah kita melihat implikasi peristiwa Hijrah. Apabila Hijrah berlaku, maka terbentuklah suatu Ummah atau Jamaah baik dalam bentuk masyarakat atau negara yang berbentuk masyarakat yang mempunyai keperibadian sendiri. Jemaah ini beasaskan akidah dengan kepatuhan yang mutlak kepada Allah s.w.t yang mana perkataan Madinah itu sendiri berasal dari perkataan Deen iaitu sebuah kota/bandar di mana sesuatu ummah tertakluk kepada suatu penguasa atau pemerintah yang adil dan benar serta dapat menyelamatkan umat  Islam didunia dan akhirat.

Dengan timbulnya suatu umat di Madinah maka terdirilah sebuah negara dengan sistem pemerintahan yang berteraskan Islam. Sebuah negara Islam di mana syiar Islam benar-benar mempunyai kekuatan hukum di dalamnya, bukan  negara berfaham kedaerahan terbatas yang menyempitkan dirinya dengan fahaman kaum keturunan, atau warna kulit.

Prinsip-Prinsip Tamadun Islam

1. MEMELIHARA AGAMA
Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain:” (Al-Hujurat, ayat 13)

“Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu” (Al-Rum, ayat 22)

Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi mu’minin (beriman)” (Surah Yunus, ayat 99)

“Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan:” (Surah al-Nahl, ayat 93)

”Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan.”
(Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah.

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara.

Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama.

2. MEMELIHARA NYAWA
Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Islam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.

3. MEMELIHARA AKAL
Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

”Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.”

(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )

Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

4. MEMELIHARA MARUAH & KETURUNAN
Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.

5. MEMELIHARA HARTA
Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

”Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.” (Diriwayatkan oleh Bukhari )

Berdasarkan maksud masyarakat majmuk yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi iaitu masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri, tentunya ia memerlukan gabungan nilai yang dapat diterima oleh semua pihak bagi menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat yang bersatupadu. Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru itu Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Kesimpulannya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup dan bersifat universal sesuai diamalkan oleh semua orang.

Saturday 17 March 2012

Ciri-ciri Tamadun Islam

1. Konsisten
  • Proses tamadun Islam adalah berterusan - sehingga kini sudah 14 kurun.
  • Islam yang dibawa oleh Rasulullah mampu bertahan sehingga hari kiamat.
  • Ini merupakan antara keunikan tamadun Islam.
  • Sistem perundangan tamadun Islam tetap berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
  • Perintah dan larangan Allah adalah mutlak tanpa berubah mengikut arus zaman.
  • Ciri Islam yang begitu konsisten berupaya menghadapi cabaran zaman.

2. Terbuka dan Rasional
  • Tamadun Islam yang mengalami proses pembinaan yang agak lama tentunya memberi ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk diasimilasikan supaya sesuai dengan resam dan budaya penganutnya.
  • Islam menerima tatacara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah.
  • Islam bersifat terbuka untuk menerima pembaharuan yang dapat memperkukuh sistem-sistem yang wujud dalam Islam.
  • Islam juga bersifat rasional terutamanya berkaitan dengan persoalan semasa yang ti dak melibatkan hukum bersifat mutlak.
  • Perbincangan(musyawarah) digalakkan untuk meleraikan sesuatu masalah.

3. Bersifat Semasa
  •  Islam masih bertahan sehingga kini disebabkan ia dapat disesuaikan dengan perubahan semasa.
  • Sistem-sistem yang wujud dalam Islam berupaya menerima unsur-unsur peradaban lain yang tidak bertentangan dengan Islam.
  • Pembudayaan serta gabungan akal dan keimanan melahirkan perkara-perkara baru sesuai dengan kehendak zaman.
  • Sebagai contoh, sistem perbankan dan kewangan diubahsuai supaya menepati syariat Islam.

4. Sesuai dengan Fitrah Manusia
  • Berupaya membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Islam mengajar manusia agar menghargai diri, masyarakat dan alam.
  • Manusia memerlukan keseimbangan dari segi rohani dan jasmani.
  • Fitrah manusia memang memerlukan imbangan yang menghubungkan elemen kemanusiaan dengan aspek-aspek ketuhanan.
  • Hubungan tersebut ialah hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekeliling. 

5. Sempurna/syumul
  • Islam adalah sempurna dan menyempurnakan keperluan manusia.
  • Meliputi segala aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi, perundangan, politik dan sebagainya.
  • Kepelbagaian ini sepatutnya digunakan oleh umat Islam untuk membina kembali tamadun ini.



 Perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat.
 
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.